From Strength to Grace — A Personal Sharing
Malaysia 1st Certified National Industry Expert by Ministry of Human Resources. Level 5 National Occupation Skills and Standards. 23+ years in Agedcare Operations GM of Komune Care Centre, Former COO of Jasper Lodge and Pillar Health Former Home Director of The Mansion Former Home Director of D'home Former HR and Business Director for IHM Nursing Care Sdn Bhd, Consultant on Aged Care Operations. 15 years of prior experience in Banking, Marketing, Travel and Hospitality Industry.
DAD: LET'S TAKE A WALK
Wednesday, 25 June 2025
From Strength to Grace — A Personal Sharing
The Common Enemy
The Common Enemy
I didn’t realise I was the enemy until my son was about six.
Realiti Penjagaan Warga Emas di Malaysia: Apabila Kuasa Tak Terbendung Bertembung dengan Birokrasi Kaku
Realiti Penjagaan Warga Emas di Malaysia: Apabila Kuasa Tak Terbendung
Bertembung dengan Birokrasi Kaku
Oleh Fong Muntoh
Pengendali Pusat Jagaan & Aktivis Industri Penjagaan Warga Emas
Malaysia sedang menua. Ini bukan ramalan—ini
realiti. Menjelang tahun 2030, 15% daripada rakyat Malaysia akan berusia 60
tahun ke atas. Gelombang demografi ini sedang meningkat—pantas, besar dan
mustahil dibendung.
Malangnya, apa yang menghalang gelombang ini adalah
satu objek yang tidak bergerak: sistem pentadbiran kerajaan yang perlahan,
terpecah-pecah, dan ketinggalan zaman dalam pendekatannya terhadap penjagaan
warga emas.
Inilah situasi klasik: satu kuasa yang tak
terbendung (populasi yang semakin menua) bertembung dengan objek yang tidak
bergerak (sistem pelbagai kementerian yang diikat dengan pita merah dan dikawal
oleh 'Little Napoleons' di pejabat tempatan masing-masing).
Biarpun bertahun-tahun sudah berlalu dengan pelbagai
kertas kerja, pelan tindakan dan sesi libat urus, apa yang benar-benar berubah?
Kita masih dikawal oleh dasar yang bertindih antara KPWKM (Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), KDN (Kementerian Dalam
Negeri), KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), MOHR
(Kementerian Sumber Manusia), dan kini, dengan serba kekok—KKM
(Kementerian Kesihatan Malaysia), yang bergelut untuk menguatkuasakan
undang-undang lapuk iaitu Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Swasta bagi sektor yang sudah jauh berkembang melampaui skopnya.
Bayangkan, KKM cuba mengawal industri penjagaan
warga emas yang pelbagai dan kompleks menggunakan undang-undang yang asalnya
dicipta untuk hospital dan klinik swasta. Ia seperti cuba mengarah lalu lintas
kereta elektrik menggunakan peraturan kereta lembu.
Bagaimana mahu melesenkan pusat jagaan yang
menawarkan penjagaan berasaskan komuniti, rehabilitasi pasca pembedahan,
penjagaan demensia, pusat jagaan harian dan penjagaan sementara? Bagaimana mahu
mengkategorikan fasiliti yang menyediakan kemudahan seperti hotel tetapi turut
menjalankan penjagaan paliatif? Jawapannya: tidak boleh. Bukan kerana ia
mustahil, tetapi kerana kerangka undang-undangnya langsung tiada.
Fasiliti sah di satu daerah boleh dianggap haram di
daerah lain, bergantung pada siapa pegawai bertugas hari itu.
Dalam masa yang sama, industri—atas desakan
keperluan—terpaksa berinovasi dengan pantas. Usahawan, NGO dan profesional
kesihatan membina model penjagaan bertaraf dunia, kebanyakannya tanpa subsidi,
insentif atau sokongan struktur. Mereka beroperasi dalam ‘limbo’ undang-undang,
dengan risiko ditutup hanya kerana terlalu maju untuk sistem yang ketinggalan.
Realitinya: penjagaan warga emas hari ini bukan
sekadar rumah orang tua.
Landskap penjagaan moden sangat pelbagai dan
merangkumi:
- Penjagaan assisted living dengan apartmen peribadi dan
jururawat sedia ada.
- Pusat jagaan harian untuk membantu anak-anak yang bekerja.
- Fasiliti khas demensia dengan reka bentuk sensori.
- Perkhidmatan paliatif dan hospis di rumah.
- Kelab kesejahteraan senior untuk kesihatan dan pergaulan
sosial.
- Jagaan sementara (respite care) untuk penjaga yang perlukan
rehat.
- Penginapan perubatan sementara selepas rawatan hospital.
Semua ini tidak muat dalam kategori lama. Tetapi
permintaannya tinggi—sekarang. Menunggu kementerian menggubal peraturan
sempurna umpama menunggu jawatankuasa melukis matahari terbenam—ia tak akan
siap tepat pada waktunya.
Masalahnya bukan kekurangan kepakaran. Masalahnya,
kementerian masih melihat penjagaan warga emas sebagai isu kebajikan, bukan
sebagai agenda nasional. Mereka masih melengahkan tindakan, manakala
pengusaha pusat jagaan pula terpaksa mencari caregiver tanpa skim latihan
formal, berdepan dengan peraturan imigresen yang berubah-ubah, dan tidak tahu
kementerian mana yang perlu dituruti.
Hakikatnya? Industri sudah mendahului—dan kerajaan
semakin tertinggal di belakang.
Tiada satu pun kementerian hari ini yang benar-benar
bersedia menangani variasi model, volume permintaan dan keperluan kerjasama
rentas sektor dalam membina ekosistem penjagaan warga emas yang mampan. Semakin
lama mereka duduk diam, semakin besar risiko mereka ditenggelami arus yang
mereka sendiri tak mahu kawal.
Jadi, apa yang perlu dilakukan?
Pertama, kerjasama industri tidak boleh lagi
bersifat pilihan. Pembuat dasar perlu bekerjasama dengan pengusaha
berpengalaman—bukan mengarah dari atas. Dengarlah mereka yang membina pusat
jagaan, melatih caregiver dan menyantuni warga emas setiap hari.
Kedua, tubuhkan Suruhanjaya Penjagaan Warga Emas
yang menyelaras semua dasar, pelesenan, latihan dan pemantauan. Model sekarang
umpama larian berhalangan yang tiada garisan penamat.
Ketiga, iktiraf penjagaan warga emas sebagai satu
industri profesional, bukan kerja kebajikan semata-mata. Beri insentif
cukai, geran latihan, dan kejelasan undang-undang. Jangan pandang rendah kami
sebagai ‘penjaga rumah tua’.
Dan akhirnya, lihat fasa penuaan ini sebagai satu
fasa kehidupan yang bermaruah, bukan beban untuk diselesaikan. Cara kita
menyokong warga emas mencerminkan jenis masyarakat yang kita bina.
Selagi kerajaan menunggu, rakyat tetap akan mencari
penyelesaian sendiri. Pengusaha akan terus membina pusat jagaan—walaupun
peraturannya kabur. Permintaan akan terus meningkat, semakin kuat dan jelas.
Objek yang tidak bergerak ini? Mungkin suatu hari
akan tersisih—bukan kerana perbalahan, tetapi kerana sudah tidak
relevan.
Kepada kementerian yang masih duduk tinggi di atas
singgahsana birokrasi, ketahuilah: kami tidak akan tunggu lagi.
Kami sedang membina. Kami sedang berubah.
Dan sama ada anda bergerak atau tidak, kami sudah jauh mendahului birokrasi
yang kaku.
Malaysia’s Aged Care Reckoning: An Unstoppable Force Meets an Immovable Bureaucracy
Malaysia’s Aged Care Reckoning: An Unstoppable Force Meets an Immovable Bureaucracy
Malaysia’s population is ageing. That is not a forecast—it’s a fact. By
2030, 15% of Malaysians will be aged 60 and above. That’s a demographic wave
building fast and with force. Unfortunately, what stands in its path is an
immovable object: our government’s fragmented, sluggish, and outdated approach
to aged care.
It’s the classic showdown: an unstoppable force (our greying nation) is
about to collide with the immovable object (a multi-ministerial bureaucracy
held together by red tape and the ever-present Little Napoleons guarding their
paper empires).
Despite decades of polite reminders, pilot studies, and roundtable talks,
what has truly changed? We’re still being governed by overlapping policies
under KPWKM (Women, Family and Community Development Ministry), KDN
(Ministry of Home Affairs), KPKT (Housing and Local Government), MOHR
(Human Resources), and now—awkwardly—MOH (Ministry of Health), which
is struggling to stretch a decades-old Private Healthcare Facilities and
Services Act to cover a sector that has long outgrown its original scope.
Let’s face it: MOH is trying to regulate a hybrid, fast-moving,
multi-faceted aged care industry using an archaic law meant for private
hospitals and clinics. It’s like trying to draft traffic rules for
self-driving cars using guidelines written for bullock carts.
How do you license a centre that combines assisted living with
post-surgery rehab, memory care, daycare and respite care? How do you
categorize a facility that provides both hotel-like amenities and palliative
services? The answer: you don’t. Not because it can’t be done, but because
there’s no framework to even begin evaluating it.
A legitimate care centre in one district may be deemed “illegal” in
another, depending on which officer holds the clipboard that day.
Meanwhile, the industry—out of necessity—is innovating at a pace that is
both inspiring and alarming. Inspiring because entrepreneurs, NGOs, and
clinicians are building world-class models of care, often without subsidies,
incentives or structural support. Alarming because they’re doing so in
regulatory limbo, risking shutdowns for being “too advanced” for an outdated
system.
Here’s the reality: aged care is no longer just about putting people in
nursing homes.
The modern care landscape is far more complex and includes:
- Assisted living centres with private apartments
and on-call nurses.
- Daycare centres that support working adult
children.
- Dementia-specific homes with sensory design and memory
care.
- Palliative and hospice services delivered at home.
- Senior wellness hubs focused on fitness,
socialisation, and preventive care.
- Short-term respite care for caregivers who need a break.
- Medical boarding for post-op recovery.
None of these fit neatly into the categories designed decades ago. And
yet, they are in demand—now. Waiting for ministries to issue perfect
regulations is like waiting for a committee to paint a sunset—it will never
happen on time.
The problem isn’t a lack of talent or intent. It’s that the ministries
are still treating aged care as a welfare issue rather than a national
priority. They twiddle their thumbs at inter-ministerial meetings while
operators scramble to hire caregivers (without proper training schemes),
navigate immigration rules (that change without notice), and guess which
authority to please next.
The truth? Industry is leading the charge—and the government is trailing
far behind.
Let’s be honest: no ministry today is prepared for the diversity of
models, volume of demand, or cross-sector cooperation needed to build a
resilient aged care ecosystem. The longer they wait, the more they risk being
drowned by the very thing they’re supposed to regulate.
So what must change?
First, industry collaboration must no longer be optional.
Regulators must work with experienced operators—not over or against
them. Listen to those who have built centres, trained caregivers, and sat by
the bedsides of our elders.
Second, a centralised, fit-for-purpose Aged Care Commission must
be created to unify fragmented policies and streamline licensing, training, and
inspections. The current model is a bureaucratic obstacle course with no finish
line.
Third, recognise aged care as a professional industry, not a
charity case. Operators should be supported with tax incentives, HR grants, and
legal clarity—not treated like glorified babysitters or halfway-house managers.
And finally, treat ageing not as a problem to solve, but as a phase of
life to be respected. The way we support our elderly reflects the society
we hope to become.
Until then, the unstoppable force is already in motion. Families will
continue to seek solutions with or without government help. Operators will
continue to build care models—even if the rules are unclear. And the demand
will continue to grow, louder and louder.
The immovable object? It may eventually find itself pushed aside—not by
confrontation, but by irrelevance.
So to the ministries still perched on their high horses, please
understand: we’re not waiting anymore.